Friday 24 July 2015

Resepi Cocktail... Siap dalam masa 1 MINIT!!!!

1. Panaskan sehingga gula larut, tutup api :
          - 1 tin susu cair
          - 2 tin air (guna tin susu cair tadi)
          - 2sb tepung castard (bancuh terlebih dahulu bersama air)
          - 6st gula

2. Gaul rata & Biar sejuk sebentar :
          - sedikit pewarna kuning (tak nak pown boleh)

3. Masukkan buah-buahan campuran dalam tin.
(* tips : Nak lagi sedap, jgn masukkan airnya sekali, amek isi shj)

Dah siap !!!
Kalau nak ngap terus, letak ais batu bagi seju..... kalu x, simpan dalam peti sejuk dulu, nanti baru ngap!

Wednesday 8 July 2015

Resepi Kari Ikan

1. Tumis hingga naik bau :
  • 1 biji Bawang merah besar
  • 2 ulas Bawang putih
  • 2 tangkai Daun kari - dlurutkan
  • 1sk Halba campur
2. Masukkan bancuhan hingga pecah minyak:
  • 2sb Serbuk kari ikan
  • 2 senduk Cili mesin
  • Air (jika ingin tambah kuah)
3. Masukkan ikan. Biarkan mendidih.

4. Masukkan & biarkan mendidih :
  • Garam
  • Perasa
  • air asam jawa
  • santan
5. Masukkan sayuran (tomato @ bendi) & biarkan mendidih.

6. Tutup api.

Ikan 3 Rasa

  1. Goreng ikan separuh masak. [jangan terlalu garing]
  2. Blend halus :
    1. 2 sudu besar cili kisar
    2. ½ Biji bawang besar
    3. 2 ulas bawang putih
  3. Tumis hingga pecah minyak :
    1. Bahan Blend
    2. 1 Inci Halia (Hiris halus)
  4. Masukkan & biarkan mendidih :
    1. Sedikit Garam 
    2. Sedikit Serbuk Perasa
    3. 2 sudu besar Gula
    4. 2 sudu besar Air limau 
    5. Nenas + air nenas[kalau nak berkuah sikit] 
    6. Ikan yang digoreng
  5. Masukkan :
    1. 1 biji Bawang [dimayang bulat]
Siap !! Boleh dihiaskan dengan daun bawang.

Donut

1. Bancuh & kacau dan biar hingga berbuih:
- 105ml air suam
- 50gm gula kastor
- 1sk yis kering

2. Masukkan ke dalam bekas A:
- 250gm tepung gandum
- ½ sk bread improver
- ½ sk garam
- 1sk susu tepung / susu pekat
- 1 biji telur
- 50 gram Margerin

3. Masukkan air bancuhan ke dalam bekas A tadi & uli.

4. Simpan tanpa udara selama 45 minit.

5. Blend gula / guna gula halus.

6. Bulat-bulatkan doh...lepas bulatkan kita leperkan... susun atas dulang... biarkan doh kembang lagi sekali... nak goreng baru kita tebuk lubang. 

7. Lepas goreng, toskan - berenangkan donut ke dalam gula

**Tips goreng donat agar tidak serap minyak
- donat tu jangan diterbalikkan selalu
- api sederhana

Colleslaw

1. Sagat :
  • 1 biji carrot
  • ¼ biji kobis
2. Gaul bersama :

  • Hasil sagat
  • 2sb mayonis
  • 1sb susu segar
  • Sedikit garam

3. Simpan dalam bekas bertutup ke dalam fridge selama 4 jam.

4. Siap sedia untuk dimakan. 

Resepi Bubur macam Mcd


Cara-Caranya :

1. 
Masak bubur macam biasa menggunakan rice cooker.
Beras sikit, air banyak.
2. 
Masukkan ayam cincang.
Kalau ada tulang pun masukkan sekali sebab manis tulang akan dikeluarkan ketika masak.

4. 
Masukkan serbuk halia.
Tapi saya gula halia potong...
Sebab yang serbuk2 semua di bubuh pengawet. lagi sihat kalau pakai yang smula jadi.
Aritu prnh jumpa dkat giant. Mhal gak la sbotol ni. Baik gna yg smula jd murah dan sodap...

5. 
Masukkan bay laef, tp kalau xnak pown xde hal..
Orang masuk bay leaves utk buang hamis ayam. tapi jika dah masuk halia, daun ketumbar bau ayam hamis ayam hilanglah.
Orang barat pakai daun bay leaves sbb dia org masak tak pandai masuk halia, tak ada bawang putih pon, jadi daun bay leaves yg menjadi idaman mereka.
Tp, de orang cakap, dried bay leaf ni cam lain sikit bau dia, best je bau die...
6. 
Step ni agak penting jugak ni, Gorengkan sikit bawang yang dihiris-hiris.

7. 
Masukkan bawang tadi ke dalam bubur.
Kenapa sauteed bawang ?
Ia akan memberikan aroma yang wangi. Berbanding bawang mentah yang terus dimasukkan ke dalam bubur.
Cuba bau bawang tersebut sebelum dituang ke dalam bubur.

8. 
Masukkan Kiub Pati Ayam
9. 
Masukkan lada sulah.
Kalu nak buh daun sup ke daun bawang ke, boleh buh time ni.
Buh garam, jika perlu... rasa dulu taw..
10, 
Inilah rahsianya!!!
The ultimate secret adalah Minyak Bijan.
Masukkan dalam 2 sudu minyak bijan dan off rice cooker.
Masukkan garam jika perlu.

Siap dah !!
Jom ngap !!


Kek Span Pandan

1. Pukul hingga sebati selama 5 minit.

  • 150g gula
  • 1sb ovallate
  • 150g tepung kek
  • 5 biji telur


2. Tambah & Pukul lagi:

  • 1sk perisa daun pandan
  • 1sk pewarna hijau


3. Tambah & Pukul lagi:

  • 80ml minyak

4. Sapukan mentega ke dalam loyang. Tuang adunan ke dalam loyang.

5. Bakar di dalam oven selama 45 minit pada suhu 150 darjah celcius.

6. Lepas dah masak, keluarkan dari oven & telangkupkan ke atas lapik. Untuk mengelakkan kek kempis.

7. Lepas da sejuk, keluarkan, potong dan ngap!

Puding Tembikai

NY buat ni masa jamuan hari raya..
LAKU KERAS !!!
heheheh... 

1. Masak hingga larut :
  • 1 paket agar-agar
  • 6st gula
  • 6 cawan air


2. Rendam dalam 1 cawan susu cair
  • 3 keping roti - buang kulit


3. Blend roti yang direndam dan dicarik.

4. Setelah, agar-agar hancur, masukkan dan kacau hingga pekat sedikit. Tutup api.
  • Bahan blend
  • 1sk esen vanilla
  • 2sb butter


5. Ambil sedikit adunan dan warkan hijau (sbg kulit tembikai). Biar keras sedikit.

6. Pastu sedikit warna asal, curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras.

7. Adunan selebih diwarnakan merah @ kuning, curahkan di atas lapisan putih. Taburkan potongan cincau sbg biji tembikai. Simpan dalam peti sejuk.

Sup Daging / Ayam Utagha

1. Kisar :
  • 1 biji bawang
  • 2-3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • Rempah sup
2. Tumis :
  • 1 kayu manis, 2 lawang, 4 pelaga, 3 kuntum cengkih
  • Bahan kisar
  • Masukkan ayam
  • Tambah air sikit untuk kuah
  • Masukkan batang sup
  • Masukkan carrot
  • Masukkan ubi kentang
  • 1 kiub ayam * boleh tambah serbuk rempah jika nak
  • 1/2 lada putih
  • garam
  • perasa
  • tomato
  • daun sup sikit
  • air limau sikit
Siap !!
  • Boleh hiaskan dengan bawang goreng

Sizzling Yee Mee

Bile ntah nak cube...
Berkurun lama dah resepi ni.... huhu

1. Tumis :
  • 5 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 4 tangkai cili kering - dipotong serong
  • ½ inci halia (cincang halus)


2. Masukkan & Goreng sebentar hingga ayam masak :
  • ayam (dipotong kecil)


3. Masukkan :
  • 4 cawan air


4. Masukkan & Biar mendidih
  • 4sb sos tiram
  • 4sb kicap cair
  • 3sb kicap pekat


5. Masukkan cendawan shitake(ye dok eja gini????) - rendam dahulu hingga lemut, potong 4

6.Masukkan & Gaul rata :
  • bancuhan air tepung jagung (2sb tepung jagung+1 cawan air)


7. Masukkan & Gaul rata & tutup api :
  • 1sk minyak bijan


8. Bila nak dihidangkan, masukkan dalam kuali dan hidang dalam pinggan :
  • 2 senduk kuah ke kuali kecil
  • 1 yee mee
  • 1 sawi
  • 1 telur


Bihun / Mee / Kueyteow/ Mee Sanggul Goreng

  1. Rendam / Celur sebentar
    1. Bihun kering - Air Biasa
    2. Mee sanggul / Maggi / Kuey Teow / Mee Kuning - Air Panas

  2. Goreng 4 biji telur hancurkan & ketepikan.

  3. Tumis hingga pecah minyak :
    1. 2 senduk cili mesin.

  4. Masukan & biar masak sebentar :
    1. Isi ayam @ udang @ sotong @ fish cake

  5. Masukkan & Gaul rata :
    1. 2sb kicap cair
    2. 2sb sos tiram
    3. 2sb sos cili
    4. 2sb sos tomato
    5. Serbuk Perasa
    6. Taugeh @ kucai @ sawi
    7. Maggie @ bihun @ Mee @ Kueyteow @ Mee Sanggul
    8. Telur hancur yang telah digoreng tadi.
Siap !!

Laksa Bujang

1. Blend 1 tin sardin bersama kuahnya. (Tambah sedikit air untuk membolehkan mesin mengisar)

2. Masukkan ke dalam periuk & Tamba air untuk kuah.

3. Masukkan ke dalam periuk :

  • 3½ senduk cili mesin
  • segenggam daun kesom
  • 7 keping asam keping


4. Buka api & Masukkan 2 garam + 2 perasa

5. Tunggu hingga mendidih + Siap !!!

*Sambil tu, siapkan bahan spt
- rebus telur
- rebus fish ball
- rebus bihun ( NY bujang, gune bihun je.. huhu)
- potong timun, bawang, cili api

Laksa Utagha PakCik Ibrahim

1. Rebus Ikan

2. Blend Ikan (bagi sejuk dulu naa) + tapis sampai tinggal tulang menggunakan air rebusan ikan.

3. Campurkan  ke dalam kuah :

  • 2-3 senduk cili mesin
  • segenggam daun kesom
  • 10 keping asam keping
  • 2½ garam
  • 6 serbuk perasa

4. Biar hingga masak !
* sambil tunggu masak, sila la siapkan  bahan2 lain
- rebus telur
- rebus fish ball
- potong timun
- potong salad
- potong bawang
- potong cili api

Laksa da rendam awai2 naa...

Kari Ayam


  1. Rebus ubi kentang.
  2. Blend hancur :
    1. 1 paket kecil rempah daging
    2. 2 tangkai Serai
    3. 1 inci halia
    4. 1 Biji bawang merah
    5. 2 Ulas bawang putih
    6. 2 sudu besar cili kisar
  3. Perap ayam bersama bahan blend.
  4. Tumis :
    1. 1 bunga lawang
    2. 1 bunga cengkih
    3. 1 kulit kayu manis
    4. 1 buah pelaga
    5. 3 tangkai daun kari (lurutkan)
  5. Masukkan ayam yang diperap. Tunggu sehingga pecah minyak dan mendidih.
  6. Masukkan & tunggu hingga mendidih :
    1. air (Untuk Kuah)
    2. ubi kentang
    3. garam
    4. serbuk perasa
  7. Setelah mendidih, masukkan :
    1. 1 paket santan Siap !

Ayam Masak Kurma


Hidangan : 5 ketul ayam
  1. Rebus ubi kentang ( 3 Biji belah 4)
  2. Blend kering :
    1. 1 inci halia
    2. 1 biji bawang besar
    3. 2 biji bawang putih
  3. Tumis : 
    1. bahan blend
    2. 1 pack rempah kurma
    3. 1 sudu serbuk cili
  4. Masukkan :
    1. air (banyak sikit utk kuah)
    2. kentang
    3. ayam
      * biarkan seketika utk bagi ayam masak dan ubi kentang empuk.
    4. 1 senduk santan
    5. 2 biji cili merah (belah tengah)
    6. 1 sudu garam
    7. 1 sudu perasa
SIAP!

Ayam Goreng Kunyit

  • Goreng ayam 3¼ masak
    • potong kecil n gaul ngn kunyit
    • ketepikan
  • Tumis :
    • 1 biji bawang besar @ holland (Hiris tebal)
    • 5 Biji cili api (Belah tengah)
    • 1 biji cili merah (potong serong)
  • Masukkan & Gaul rata :
    • ayam yang telah digoreng tadi
    • kacang panjang (potong 1inch)
    • Carrot (potong memanjang 1 inci)
    • 3 sudu besar sos tiram
    • serbuk perasa
Siap !

Resepi Ayam Masak Kicap

1. Goreng ayam 3¼ masak.

2. Tumis & Biar hingga masak :

  • 1sb serai mesin
  • 2 senduk cili mesin
3. Masukkan ayam yang telah digoeng tadi. Kacau rata.

4. Masukkan  Biar hingga masak :
  • kicap manis
  • serbuk perasa

5. Masukkan :
  • 1 biji bawang (dimayang bulat)
  • 1 biji cili masak (potong serong)
6. Siap !

Resepi Chicken Chop

1. Tumbuk ayam dengan lesung kasi penyek. Sebab tu panggil chop! haha.. bukan la.. sebab nak kasi dielebar n nipis sikit. Ayam kalo tebal2, muak nak makan.

2. Sediakan campuran telur :
  • 2 biji telur
  • Sedikik Serbuk lada hitam
  • Sedikit serbuk lada putih
  • Stanby tepung beras + bread crump dalam pinggan berasingan
3. Celup & Goreng :
  • Ayam celup telur > tepung beras > telur > bread crump > goreng
* bile nak goreng baru celup. Jangan celup semua sekali baru goreng.

4. Susun ayam dalam pinggan.
5. Goreng kentang goreng.
6. Buat sos chincken chop :
  • Tumis hingga naik bau :
    • 3 ulas bawang putih - hiris
    • ½ bawang besar –hiris
    • 1sb blackpeper jenis biji – tumbuk halus
  • Gaulkan sampai pekat dengan api slow :
    • 3sb demiglace
    • 300ml air
    • 1 kotak susu dutch lady (bukan choc)
* da boleh tuang atas ayam goreng tadi. RM6.50 save. Tu kalo sorang... kalo 1 bas? Mau tak abis beratus makan ciken cop. padahal boleh buat sendiri.

Nasi Ayam Che Nom (Untuk 5-6 ketul ayam)


1. Sediakan pes bawang putih dan halia
    - Blend halus (Air sikit shj) : 5 Ulas bawang putih & 2 Inci halia
    - Bahagikan kepada 4 Bahagian (Rebusan ayam, Perap ayam, Nasi & Cili

2. Sediakan sup
    - Masukkan ayam dalam kuali & Gaulkan dengan 1 bahagian pes bawang putih/halia
    - Tabur batang daun sup & Daun Bawang dalam 1-2 inci
    - Masukkan air ( bagi ayam terendam atau ikut nak kuah banyak mana)
    - Masukkan 1 sudu rempah sup & 1/2 sudu rempah kurma
    - Serbuk perasa & garam secukup rasa
    - Rebus perlahan-lahan sampai ayam masak.

3. Sediakan stok sup ayam
  - Asingkan ayam yg direbus tadi & biarkan sejuk seketika
    - Lepas sejuk, satukan dengan ayam
        - 1 bahagian pes bawang putih/halia
        - 1 sudu besar sos tiram
        - 1 Sudu besar kicap manis
        - 1 sudu besar kicap masin
    - Dah boleh perap ayam dalam 1 jam

4. Sediakan nasi ayam
    - Basuh 3 cawan beras & Toskan
    - Panaskan sepotong dua lemak ayam (optional), lepas cair, buh sikit minyak masak.
    - Cairkan 2 sudu besar butter / marjerin
    - Tumis sampai kekuningan pes bawang putih / halia
    - Masukkan 4 sekawan
    - Daun pandan & Serai (Koyak tengah & simpul 2 helai daun pandan, serai diketuk)
    - Masukkan beras yang telah ditos tadi. Gaul sebentar
    - Masukkan sup sampai cukup sukatan utk masak nasi
    - Sedikit serbuk kunyit (untuk bg warna kuning)
    - Sedikit Garam & Perasa
            * On cooker & biar nasi sehingga masak.

5. Sediakan sos cili dan Kicap
    - Blend jangan halus sangat & Masak hingga mendidih :
        - 5 biji cili merah + cili api merah sikit (optional kalau nak pedas)
        - Separuh cili air rebusan ayam
        - Pes bawang putih / Halia
        - 2 sudu besar Jus 1 biji lemon / 1 biji limau nipis
        - 2 Sudu gula
        - sedikit garam

 - Masa masak, tambah 1 sudu kecil sos cili
        - Kalau kurang manis, boleh tambah gula

6. Sediakan kicap.
    - Masak hingga mendidih
        - Balance perapan
        - 5-6 sudu kicap manis
        - 1 sudu gula
        - 5-6 sudu air rebusan ayam
        - garam sikit

* Ulam - ulaman tu terpulang masing-masing ye.
    Cth : Salad @ Timun @ Tomato

Asam Pedas Ikan / Ayam

Cadangan : Hidangan 2-3 Orang Makan

CARA PENYEDIAAN :
1. Blend hancur :
     - 2 Sudu besar Cili Kisar
     - ½ Biji Bawang Besar @ 1 Biji Bawang Merah
     - 1-2  Batang Serai
     - ½ inci halia
     - ½ inci kunyit hidup
     - ½ lengkuas
2. Tumis hingga masak and pecah minyak :
     - 1 btg serai ketuk
     - bahan blend
3. Masukkan :
     -  ikan @ ayam (lauk anda)
     - 1 - 2 tangkai daun kesom.
4. Tambah :
     - air. (Utk Kuah)
     - ½ sudu kecil pes asam jawa.
     - Sedikit garam & serbuk perasa.
     - Tomato @ Bendi

SIAP!

Resepi Rendang Johor

1. Tumis hingga pecah minyak :
  • 4 sekawan + Serai ketuk
  • 2½ senduk cili mesin
  • 2sb pes serai mesin
  • 4sb Rempah rendang

2. Masukkan & Biar masak :
  • Lauk anda (ikan / ayam / lampung), bg keluar air...
  • 1 paket santan
  • Secukup Garam
  • Secukup Serbuk perasa
  • Sedikit air (jika kurang air @ ingin tambah kuah)
3. Gaul & Gaul sampai sebati + mendidih + masak

Resepi Ikan Kukus

1. Blend :
  • 1 biji bawang besar 
  • 2 biji bawang putih 
  • 20 biji cili api 
2. Masukkan & Biar mendidih :
  • Bahan blend 
  • 2 batang serai – diketuk 
  • 3 helai daun limau purut – dicarik 
  • 1 senduk Air limau / jus limau 
  • Garam secukpnya + Serbuk Perasa 
3. Masukkan & Biar hingga ikan masak.
Tips : Cucuk ikan dengan garfu....kalau tembus, maksudnye dah masak dengan berjayanya.. hokey!

4. Alihkan ikan ke dalam pinggan ikan yang cantik lagi berseri !

5. Masukkan sayur campur ke dalam kuah & Biar mendidih.
  • cendawan
  • kacang buncis
  • jagung kecil
  • kobis bunga
*lain-lain sayur leh tambah sendiri... NY buh tu je sebab tu yang memang confirm di makan. krik krik.