Monday 24 May 2021

Ikan Nyok Nyok Masak Asam


  1. Gaul garam n kunyit, Goreng ikan, ketepikan.
  2. Tumis hingga naik bau :
    1. 3 biji bawang putih (hiris menegak
    2. 2 inci halia (hiris memanjang)
    3. 1 biji bawang besar (cincang kasar)
    4. 4 biji cili api (potong tengah)
    5. cili merah (belah dua potong serong)
  3. Masukkan :
    1. Air asam jawa (air agak banyak utk kuah)
    2. Sedikit garam
    3. 1 sudu gula
    4. Sedikit serbuk perasa
    5. ikan yang telah digoreng
    6. 1 biji bawang besar (Mayang bulat)
SIAP

Sunday 23 May 2021

Acar Timun + Bawang


  1. 1 Biji bawang besar (Mayang tepi nipis2)
  2. 1 Biji timun jepun (Hiris nipis2)
  3. 1 Biji cili merah (belah 2 potong serong)
  4. Bancuh n gaul rata :
    1. 2 1/2 sudu cuka
    2. Secubit garam
    3. 3 sudu gula
    4. Sayur2 yang telah dipotong

Saturday 22 May 2021

Ayam Masak Merah

  1. Gaul kunyit serbuk perasa, Goreng ayam & ketepikan.
  2. Blend Hancur :
    1. 1 biji bawang besar @ 2 biji bawang merah
    2. 2 - 3 ulas bawang putih
    3. 1 inci halia
  3. Tumis :
    1. Bahan blend
    2. 1 btg serai (ketuk)
    3. 3 sudu cili merah
    4. 3 sudu sos cili
    5. 1 sudu sos tiram
    6. Sedikit perasa
    7. 1 sudu gula
    8. Sedikit air
    9. ¼ bancuhan asam jawa
  4. Lepas dah pecah minyak, masukkan :
    1. Ayam yg telah digoreng
  5. Gaul rata :
    1. 2 biji cili merah (hiris serong)
    2. ½ bawang Holland (Hiris tebal)
SIAP!

Dalca Ayam

  1. Tumis hingga layu :
    1. 1 biji bawang besar (hiris nipis) @ 2 biji bawang merah (hiris nipis)
    2. 2 biji bawang putih (hiris nipis)
    3. 2 inci halia (hiris nipis memanjang)
  2. Tumis juga :
    1. 1 ½ kulit kayu manis
    2. 1 bunga lawang
    3. 1 buah pelaga
    4. 1 bunga cengkih
    5. Daun kari
  3. Masukkan :
    1. bancuhan 1 pack rempah kari ayam + 2 sudu serbuk cili
    2. Sedikit Air
  4. Lepas pecah minyak, masukkan :
    1. potongan ayam
    2. Segenggam Kacang dal (rendam semalam dan rebus hingga lembut)
    3. 2 biji kentang (potong 8)
    4. 1 biji tomato (belah 4)
    5. Carrot (potong memanjang)
    6. 2 biji terung (potong 8)
    7. Tambah air(jika perlu)
  5. Selepas layu, masukkan :
    1. Santan
    2. Tomato
    3. Sedikit garam
    4. Sedikit perasa
SIAP!!

Thursday 20 May 2021

Cekodok Pisang

 


  1. Blend :
    1. Pisang (6-7)
    2. 1 Biji Telur
    3. Secubit Garam
  2. Satukan bersama tepung hingga boleh dijemput. Goreng dan SIAP!

Monday 17 May 2021

Sup Sawi + Telur


  1. Didihkan air (Banyak utk kuah)
  2. Masukkan :
    1. 2 Ulas bawang putih (Cincang)
    2. 1 Biji telur
      * Kecilkan api n kacau anggaran 3 kali
  3. Masukkan & Biar mendidih :
    1. Sedikit garam
    2. Sedikit perasa
    3. 1/2 cube ikan bilis
  4. Masukkan hingga sayur layu : 
    1. sayur : Sawi, carrot, cendawan
    2. bawang holland
SIAP!

Friday 7 May 2021

Ikan Stim (Versi Ummi)

  1. Blend halus bersama air
    1. 1 biji bawang merah
    2. 3 ulas bawang putih
    3. 10 biji cili api
  2. Masukkkan dlm kuali kecuali jus limau
    1. Bahan blend
    2. 1 - 2 serai (Titik)
    3. Daun limau purut (Carik²)
    4. Bunga kantan (Optional)
  3. Tambahkan sedikit air sbg kuah
  4. Biarkan mendidih, baru masukkan ikan.
  5. Kemudian masukkan
    1. 2 sudu air limau
    2. Terbalik2 kan ikan sampai masak...angkat ikan
  6. Masukkan sayur campur (kobis bunga, cendawan, jagung kecil, kacang buncis, carrot)
SIAP!

Tuesday 4 May 2021

Coklat bersalut Almond

 

  1. Gorengkan 2cup almond tanpa minyak
    * api sederhana..rajin kacau..
  2. Lepas goreng masukkan dlm oven suhu 150 utk 20 minit.
    *kene rajin buka n kacau biar ranggupnye sebati.
  3. Double boil 6 pack Cadbury Dairy Milk.
    * Kemudian ketepikan selama 15 minit
  4. Dah sejuk masukkan almond dalam coklat td...kacau sehingga sebati..
  5. Sudukan letak comel2 atas tu (Sama mcm biskut famous amous tu)
  6. Dah siap masukkan dalam peti ais selama 20 minit..peti ais bawah bkn atas ye😂😂

Sambal Pauh

 

  1. Bakar 3 ekor ikan kembung
  2. Cincang mangga
  3. Blend halus :
    1. 5 Biji cili api
    2. Sedikit garam
    3. Sedikit gula
  4. Masukkan n tumbuk halus :
    1. Isi ikan bakar
  5. Campurkan dengan mangga cincang tadi
SIAP!

Kuah Kacang

 


  1. Blend halus n kering
    1. 3 btg serai
    2. 2 inci halia
    3. 2 biji bawang besar
    4. Segenggam cili kering
  2. Tumis sampai pecah minyak :
    1. Bahan Blend
    2. 2 sudu kecil pes asam jawa (masukkan sikit2.. takut masam sangat nnt)
  3. Masukkan :
    1. kacang goreng blend kering 2 cawan.. * kalau x pekat.. tambah lagi..
    2. Masukkan :
      1. Sedikit gula melaka @ gula biasa
      2. Sedikit garam Bagi Pecah minyak sekali lg..
Siapppppp!
Nasi impit rebus sblm tido lg sng.. kuah kacang buat awl x apa.. makin lama panas kann makin sedap .
Ada suka masuk udang kering.. terpulang..
Kalau kuah pekat sangat masukkan air k..selamat mencuba
Sumber : abdul razak abdul rahim

Terung Goreng Berlada

 


  1. Goreng terung hingga layu
  2. Kisar dengan chopper
    1. 5 biji cili merah
    2. 4 biji bawang rose
    3. 5 ulas bawang putih
    4. 10 biji cili api
    5. 1 bji tomato
    6. segenggam ikan bilis
  3. Tumis bahan blend
  4. Masukkan
    1. 1 sudu kecil gula
    2. Sedikit garam
    3. Sedikit serbuk perasa
  5. Masukkan terung (gaul rata)
SIAP!

Sup Sawi Pecah Telur

 


  1. Potong sawi (Asing daun n batang)
  2. Tumbuk halus @ Blend kering
    1. 2 biji bawang putih
    2. 1 sudu kecil serbuk lada putih
    3. 1 biji bawang besar
    4. 1 biji cili merah
  3. Tumis dengan sedikit minyak :
    1. bahan tumbuk @ blend
  4. Masukkan
    1. air (ikut banyak mana nak)
    2. 2 bji kentang (belah lapan)
    3. Sedikit garam
    4. Sedikit serbuk perasa
    5. 1 Helai daun pandan (Simpul)
      * tutup sekejap bg kentang enpuk
  5. Masukkan :
    1. fucuk
    2. soohon
      * biar hingga menggelegak
    3. Tuang telur tinggi
      * kacau 3 kali je
    4. Masukkan :
      1. Batang sawi
      2. Carrot
      3. Fishball
        * tutup api
    5. Masukkan daun sawi
    6. Taburkan bawang goreng (Optional)
    7. kacau2 sikit then tutup.

tutup periuk


Sambal Tumis Sotong


  1. Blend bersama sedikit air :
    1. 5 Biji bawang rose
    2. 4 ulas bawang putih
    3. 1 - 2 inci halia
  2. Goreng sotong tanpa minyak (asingkan sotong dan airnya)
  3. Tumis hingga pecah minyak :
    1. 1 biji bawang besar (Hiris kasar)
    2. 4 sudu cili kisar
    3. bahan kisar
    4. air sotong
    5. 1/4 air asam jawa
    6. 2 sudu besar sos tiram
    7. sedikit gula melaka
  4. Jika dah pecah minyak, masukkan
    1. sotong
    2. petai @ terung
    3. sedikit garam
    4. sedikit perasa
    5. 2-3 asam keping
SIAP!

Bendi Masak Asam



  1. Blend bersama air
    1. bawang merah
    2. bawang putih
    3. 5 biji cili api
    4. Segenggam ikan bilis
  2. Tuang dlm periuk
  3. Masukkan :
    1. daun kesum
    2. asam keping
    3. garam
    4. serbuk perasab
  4. Masukkan : 
    1. bendi potong serong
SIAP!