Saturday 11 June 2016

Resepi Agar-Agar tali... Senang!!!

Agar-agar ni kita boleh letak apa-apa perisa dan pewarna yang kita suka. Boleh juga letakkan potongan buah-buahan. Ni cuma resepi agar-agar kosong tanpa perisa taw... NY buat stock agar2.. hehe... bile nak makan, cedok sikit, cairkan n tamba perisa, bekukan jadi agar2 balik... heheh,.. jd satu agar2 tu dpt la banyak jenis... kih kih kih.. ni kedekut ke jimat pown tataw...

Mula-Mula, ini ialah sukatan basic bagi agar-agar...

KIRAAN ASAS JUMLAH AIR VS BERAT AGAR-AGAR :
10gm agar-agar = 1 Liter air
25gm agar-agar = 2.5 Liter air
30 gm agar-agar = 3 Liter air

Okey, jom start buat stock agar-agar (Ni NY guna agar-agar 10gm)

Cara-Cara ;
1. Rendam Agar-agar tali bersama 500ml air... dalam 3 - 4 jam...
2. Panaskan rendaman tu dan masak hingga agar-agar hilang dipermukaan air.
3. Masukkan gula (8 Sudu gula Membukit) dah kacau sebati.
4. Masukkan baki air 500ml, kacau sebati dan tuang kedalam bekas @ acuan yang korang suka.

Motif didihkan air separuh sahaja ialah, bila kita campur dengan air sejuk, ianya akan menjadi suam dan mengeras dengan cepat. Tak sabar dan Bijak kan ;p