Tuesday 27 April 2021

Masak Lemak Cili Api Ikan Susu

  1. Blend Halus dengan sedikit air :
    1. 1 biji bawang besar
    2. 3 Ulas bawang putih
    3. 1 inci kunyit
    4. 15 biji cili api 
    5. Sedikit serbuk kunyit
  2. Masukkan & Biar hingga mendidih
    1. bahan blend
    2. 1 btg serai (diketuk)
    3. 1 helai daun kunyit (simpul)
  3. Selepas mendidih, masukkan, kacau hingga sebati :
    1. Ikan susu yang telah dicuci
    2. Santan
    3. 2-3 asam keping
    4. Sedikit garam & perasa
SIAP!

Ayam masak kicap + Sambal gesek

SAMBAL GESEK
  1. Goreng hingga lembut & Ketepikan :
    1. 1 biji cili merah
    2. 1¼ biji bawang besar
    3. 3 ulas bawang putih
    4. 15 cili padi (buang tangkai & patah tengah jgn putus)
  2. Blend kasar bahan goreng kasar besama
    1. Garam
    2. 2 sudu kecil gula
    3. sedikit perasa
    4. sedikit air limau
AYAM KICAP
  1. Gaul ayam dengan garam n serbuk kunyit. (Perap sekejap)
  2. Blend kasar :
    1. 3 biji bawang merah
    2. 2 biji bawang putih
    3. 1/2 inci halia
    4. 3 padi 3 biji
  3. Goreng ayam & Ketepikan.
  4. Kurangkan sikit minyak.
  5. Tumis
    1. bahan blend kasar
    2. 1 tangkai daun kari
    3. 1/4 kicap manis
    4. 1/4 air asam jawa
    5. 2 sudu besar sos tiram
    6. 1/2 sudu gula melaka
    7. Masukkan ayam yg digoreng
    8. boleh tambah air kalau kering sgt
    9. masukkan hirisan 1/2 biji bawang besar (mayang separuh)

Friday 23 April 2021

Masak Lemak Cili Api Udang



  1. Blend kering
    1. 1 biji Bawang merah
    2. 2 ulas Bawang putih
    3. 15 – 20 biji Cili api
    4. 1 Inci kunyit Hidup
  2. Tumis bahan blend dengan minyak yg sedikit.
  3. Masukkan santan cair (Bancur santan serbu dengan 100ml air). Gaul rata dan hingga mendidih.
  4. 3. Masukkan :
    1. 1 batang serai (Diketuk),
    2. 1 Helai daun kunyit (Simpul),
    3. 1 keping asam keping
  5. Lepas mendidih, masukkan santan pekat.(1/2 santan pekat) Kene rajin kacau !
  6. Masukkan
    1. Sedikit garam
    2. Sedikit perasa
  7. Masukkan udang. Gaul sekejap
  8. Masukkan Kacang buncis (potong batang) @ nenas (Optional)
  9. Boleh tabur hirisan daun kunyi masa nak hidang.

SIAP!

Wednesday 21 April 2021

Agar-Agar Santan Gula Melaka


  1. Panaskan :
    1. 3½ cawan air (875ml)
    2. 1 Ketul bulat Gula melaka (hancurkan kecil2)
    3. 1 Sudu Besar gula merah thai (kalau xde ganti je dengan gula biasa)
    4. 2 Helai daun pandan (Simpulkan)
    5. Serbuk agar2
  2. Lepas larut semua, tapis air gula.
  3. Masuk semula dalam periuk & masak hingga mendidih :
    1. masuk adunan santan (tapis)
      1. 1 kotak santan (200ml)
      2. 1.4 cawan air kocak baki santan kotak
      3. 1 cawan (250ml) air
      4. 1 Biji telur
      5. 1 penutup esen vanilla
      6. sedikit garam
  4. Tuang dalam bekas tahan panas.
  5. Sejukkan dalam 4 -5 jam

Wednesday 14 April 2021

Ketam Masak Lemak Cili Api

  1. Blend Hancur cair :
    1. 1 biji bawang merah
    2. 3 ulas bawang putih
    3. 1 1/2 Inci kunyit hidup
    4. 8 biji Cili api
    5. 2 biji Cili merah
  2. Tumis bahan kisar
  3. Masukkan ketam n gaul rata
  4. Masukkan :
    1. 1/2 kotak santan
    2. asam kping
    3. 2 btg serai ketuk
    4. Garam
    5. Serbuk Perasa
    6. Gula (sedikit)
    7. 1 helai daun kunyit
    8. Nenas cube
SIAP!

Bendi Goreng Bercili Pedas Rangup (By CHe Nom)

  1. Blend kasar :
    1. 3 Biji bawang rose
    2. 3 ulas bawang putih
    3. 1 genggam ikan bilis
  2. Tumis bahan blend.
  3. Masukkan :
    1. 1 sudu besar cili kisar
    2. 1 sudu besar sos tiram
    3. bendi (Potong serong)
SIAP!

Agar-Agar Merah

  1. Panaskan :
    1. 1000ml air.
    2. 1 pack agar2 serbuk.
    3. 2 helai daun pandan.
    4. 1 1/2 Sudu gula Putih
    5. 2 sudu sirap
* 4-5 ketul Gula batu (Optional - Utk Effect berkilat)

Monday 12 April 2021

Bubur Kacang Hijau


  1. Rendam semalaman kacang hijau hingga kembang dan kemudiannya direbus sehingga lembut.
  2. Masukkan & renehkan seketika :
    1. 1/2 cawan sagu mata ikan
    2. 2 Helai daun pandan
    3. 1 ketul gula merah
  3. Masukkan & Setelah mendidih matikan api. Sedia untuk dihidangkan.:
    1. 3 cawan santan
    2. secubit garam
SIAP!

Bubur ChaCha


  1. Rebus chacha, masukkan daun pandan dalam 1000 ml
    * Rebuslah sampai lembut kenyal-kenyal. Jgn over lembik nanti tak sodap.
  2. Masukkan dan biar hingga larut :
    1. Sedikit garam
    2. 2 Sudu Gula
    3. Sedikit Gula Melaka
  3. Masukkan :
    1. 1 tin susu cair
    2. 2 penutus esen vanilla - tak letak pun ok je.
    3. Air dlm 2 cawan kalau taknak pekat sangat.
  4. Kacau kacau.. Mendidih sekali. Tutup api. Siap!

Sambal Kentang + Ikan Bilis Goreng

  1. Goreng Ubi kentang (Hiris Nipis) dan ketepikan.
  2. Goreng Ikan Bilis Dan ketepikan.
  3. Blend Kasar :
    1. 8 Biji Cili Api 
    2. 1/2 Biji Bawang Merah
    3. 1/2 Inci Belacan Bakar
  4. Tumis hinga naik bau :
    1. Bahan Kisar
  5. Masukkan :
    1. Sedikit Garam
    2. Sedikit serbuk perasa
    3. Sedikit Gula
  6. Tutup api dan tunggu sejuk sebentar baru masukkan ikan bilis & kentang yang telah digoreng. Gaul Rata.
SIAP!

Saturday 10 April 2021

Sambal Ikan Bilis, Kacang dan Kentang yang Pedas Rangup (By Che Nom)



  1. Goreng dan Ketepikan :
    1. Ubi Kentang (Hiris nipis)
      * Gaul dengan garam utk bg air kentang sejat keluar n jd lebih rangup
      * Tapis lebihan air
    2. Ikan Bilis
      * Bila buih2 dah kurang, tu tanda ikan bilis dah rangup
    3. Kacang tanah
      *Goreng dengan minyak sedikit
  2. Blend kasar (Chopper)
    1. 4 biji Bawang merah kecil
    2. 4 ulas bawang putih
    3. 12 biji cili kering (dah rendam lebut n buang biji)
  3. Guna minyak yang sama, Tumis hingga garing
    1. Hirisan Lengkuas (Hiris Nipis - dalam 4 hiris)
    2. Bahan Kisar
    3. 1 sudu besar Gula
    4. Sedikit gula melaka
    5. 1/4 air asam jawa
    6. 1 sudu besar cuka (petua rangup n tahan lama)
    7. 1/4 cube ayam
    8. Sedikit sahaja garam (sebab ketang n ikan bilis dah de garam)
    9. Tutup api
      * Baru masukkan bahan goreng (kacang kentang ikan bilis)
    10. Keluarkan lengkuas td!
SIAP!
  1. Kisar kering
    1. Cili kering yang telah digoreng
    2. 2 sudu besar bilis goreng
    3. 2 sudu besar gula
    4. 1 sudu kecil sulah
    5. 1/4 garam
  2. Gaul bersama :
    1. ikan bilis goreng & bahan kisar & bawang goreng.
SIAP!

Sambal Bilis Hijau (By Che Nom)

  1. Goreng segenggam ikan bilis & ketepikan.
  2. Blend kering :
    1. 30 biji cili padi
    2. 4 ulas bawang putih
    3. 4 biji bawang kecil
    4. 2 sudu besar ikan bilis mentah
    5. 1 inci belacan
    6. Sedikit minyak
  3. Tumis bahan kisar.
  4. Masukkan :
    1. 1 sudu besar gula
    2. sedikit garam
    3. 1 sudu kecil bancuhan asam jawa
    4. 1/2 cube ikan bilis
    5. Ikan bils goreng
SIAP!

Friday 9 April 2021

Ayam Masak Lemak Cili Api

  1.  Blend bersama air :
    1. 1/2 Biji bawang merah
    2. 2 ulas bawang putih
    3. 8 Biji cili api
    4. 1 inci kunyit hidup
  2. Masukkan ketulan ayam n masak tanpa minyak sebentar.
  3. Tuang bahan blend.
  4. Masukkan & Didihkan sebentar:
    1. 2 batang serai ketuk
    2. 1-2 helai daun kunyit
  5. Masukkan :
    1. air (utk kuah)
    2. Asam Keping
    3. Santan
    4. Garam
  6. Masukkan :
    1. Nangka @ Ubi Kentang

Telur Masak Berlado (By Limau Nipis)


  1. Kisar kasar :
    1. 1 biji bawang besar
    2. 3 ulas bawang putih
    3. 2 biji cili merah
    4. 7 bili cili api
  2. Rehatkan sebentar, kisar lagi dengan :
    1. 1/2 biji tomato
  3. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  4. Masukkan dan gau rata :
    1. 1 sudu kecil gula
    2. 1/2 sudu kecil garam
    3. 1 sudu kunyit
  5. Masukkan :
    1. 2 sudu besar sos tiram
    2. 1/4 cawan air
  6. Masukkan & Tutup selama lebih kurang 3 minit :
    1. 3 biji telur
Siap!

Wednesday 7 April 2021

Sup Sawi + Carrot + Fishball

  1. Panaskan minyak dan tumis hingga kekuningan :
    1. 1 Biji bawang besar (dihiris)
      1 ulas bawang putih (dihiris)
      1 biji cili merah (dihiris)
  2. Masukkan & Biarkan sehingga mendidih :
    1. 1 Mangkuk air
    2. fish ball
    3. Carrot (dipotong bulat)
    4. Batang sawi
  3. Masukkan :
    1. kiub ayam
    2. sedikit garam.
    3. Daun sawi
* jangan dimasak terlalu lama.

Tuesday 6 April 2021

Maggie Goreng Style Mamak

Portion : Utk 2 orang makan
  1. Rebus 2 paket maggie. Ketepikan.
  2. Tumis :
    1. 2 Ulas Bawang Putih (Cincang Kasar)
    2. 1/4 bawang besar (Hiris Halus)
  3. Masukkan 2 biji telur. (Goreng hancur)
  4. Masukkan
    1. batang sawi
    2. Carrot (Hiris Halus)
    3. Sedikit Kobis (Hiris Halus)
  5. Masukkan  Gaul rata:
    1. 4 Biji cili api (Ketuk)
    2. Daun Sawi
    3. Maggi yang direbus
    4. Sedikit lg minyak (Jika kering)
    5. 3 sudu besar sos tomato
    6. 3 sudu besar sos cili
    7. 2  sudu kicap manis
    8. Hirisan 1/2 biji tomato
  6. Masukkan perencah maggie, gaul rata n siap!

Sunday 4 April 2021

Kerabu Mangga

  1. Tumbuk
    1. 2 ulas bawang putih
    2. 1 biji bawang merah
    3. 10 cili api
    4. Segengam ikan bilis / udang kering
    5. garam, perasa
    6. sos ikan
  2. Gaul bersama mangga (sagat), bunga kantan.
* tak yah buh limau sbb mangga dh masam