Sila sediakan & Panaskan air kukusan terlebih dahulu.
Bahan-Bahan:
Roti Putih - tak kisah jenama apa 1 tin Susu Sejat Gula Merah/ Perang Halus Butter Coklat Rice 2 Biji Telur 2 sudu Madu 1 sudu Esen Vanila |
Cara-Cara :
1. |
Ambil bekas atau loyang. (Pastikan Muat nak kukus sat g) Taburkan gula merah halus ke dalam bekas secara rata sebagai lapisan pertama. |
2. |
Potong 4 bahagian roti putih menjadi petak kecil. |
3. |
Sapukan butter di permukaan atas dan bawah roti. Susun kepingan menjadi lapisan kedua. |
4. |
Taburkan coklat rice sebagai lapisan ketiga. Tabur banyak sikit, baru sedap nanti. |
5. |
Susunkan lebihan roti yg disapu butter atas bawah tadi sebagai lapisan keempat. |
6. |
Taburkan gula merah halus di atas kepingan roti tadi. |
7. |
Pukul hingga sebati :- telur, vanila, madu, susu sejat. |
8. |
Tuangkan adunan tadi ke atas lapisan roti. |
9. |
Tabur coklat rice dekat atas sekali. Dan sedia untik dikukus. Kukus selama 20-25 minit. |
Yeay!! Da siap kukus... ape lagi tunggu,, ngaap!!! |